حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي
شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ مَيْمُونٍ قَالَ
سَأَلْتُ سُلَيْمَانَ بْنَ يَسَارٍ عَنْ الْمَنِيِّ يُصِيبُ ثَوْبَ الرَّجُلِ
أَيَغْسِلُهُ أَمْ يَغْسِلُ الثَّوْبَ فَقَالَ أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْسِلُ الْمَنِيَّ
ثُمَّ يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ فِي ذَلِكَ الثَّوْبِ وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَى
أَثَرِ الْغَسْلِ فِيهِ و حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ الْجَحْدَرِيُّ حَدَّثَنَا
عَبْدُ الْوَاحِدِ يَعْنِي ابْنَ زِيَادٍ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ
أَخْبَرَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ وَابْنُ أَبِي زَائِدَةَ كُلُّهُمْ عَنْ عَمْرِو
بْنِ مَيْمُونٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ أَمَّا ابْنُ أَبِي زَائِدَةَ فَحَدِيثُهُ
كَمَا قَالَ ابْنُ بِشْرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ يَغْسِلُ الْمَنِيَّ وَأَمَّا ابْنُ الْمُبَارَكِ وَعَبْدُ
الْوَاحِدِ فَفِي حَدِيثِهِمَا قَالَتْ كُنْتُ أَغْسِلُهُ مِنْ ثَوْبِ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah
menceritakan kepada kami Muhammad bin Bisyr dari Amru bin Maimun dia berkata,
"Saya bertanya kepada Sulaiman bin Yasar tentang mani yang mengenai baju
seorang laki-laki, apakah dia harus mencucinya (bekasnya) atau mencuci bajunya?"
Maka dia menjawab, " Aisyah telah mengabarkan kepadaku, bahwa Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dahulu mencuci mani kemudian keluar menuju shalat
dengan mengenakan baju tersebut, sedangkan saya melihat bekas cuciannya
itu." Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kamil al-Jahdari telah
menceritakan kepada kami Abdul Wahid -yaitu Ibnu Ziyad-. (dalam riwayat lain
disebutkan) Dan telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib telah mengabarkan
kepada kami Ibnu al-Mubarak dan Ibnu Abu Zaidah mereka semua meriwayatkan dari
Amru bin Maimun dengan isnad ini, sedangkan Ibnu Abu Zaidah maka haditsnya
sebagaimana Ibnu Bisyr mengatakan, "Bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam mencuci mani." Sedangkan Ibnu al-Mubarak dan Abdul Wahid, maka
dalam hadits mereka berdua Aisyah berkata, "Saya dahulu mencuci mani dari
baju Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." (HR. Muslim no 436)
Daripada „Aisyah (r.a),
beliau berkata: “ Rasulullah (s.a.w) sering kali membasuh (bekas) air mani, kemudian
baginda keluar untuk mengerjakan solat dengan memakai baju (yang padanya
terdapat bekas air mani yang sudah dibasuh itu) dan saya melihat masih ada
bekas kesan basah cucian itu.” (Muttafaq „alaih)
Menurut riwayat oleh Muslim pula: “Sesungguhnya saya pernah
mengorek (kesan air mani) yang ada pada pakaian Rasulullah (s.a.w) dengan kuat,
lalu baginda mengerjakan solat dengan tetap memakai baju itu.”
Menurut riwayat yang lain pula: “Sesungguhnya saya
menggaruknya (kesan air mani itu) dalam keadaan sudah kering dengan kuku supaya
tanggal dari pakaiannya.”
Makna Hadis
Allah (s.w.t) memuliakan umat manusia dan mengutamakannya ke atas
seluruh makhluk yang lain dengan menjadikan suci asal kejadiannya dan mulia
asal penciptaannya. „Aisyah Ummu
al-Mu‟minin telah menceritakan
bahawa beliau pernah mengorek kesan air
mani yang ada pada pakaian Rasulullah (s.a.w) dengan kukunya.
air mani lelaki adalah
berwarna putih agak kental.
Ia memancut-mancut ketika keluar apabila nafsu telah mencapai
kemuncaknya disertai perasaan tegang dan nikmat pada lelaki berkenaan. Baunya
mirip dengan bau tandan muda buah kurma atau hampir sama dengan bau adunan.
Fiqh Hadis
Mencuci bekas air mani ialah apabila masih dalam keadaan basah,
namun apabila sudah kering, maka
memadai dengan cara
mengoreknya. Ulamak berbeda pendapat mengenai
air mani ini. Abu Hanifah berserta murid-muridnya, Imam Malik dan salah satu
riwayat daripada Imam Ahmad mengatakan bahawa air mani itu najis.
Mereka berkesimpulan demikian berlandaskan kepada riwayat-riwayat
yang mengatakan ia wajib dicuci dan
demikian pula hadis „Ammar yang
mengatakan bahawa sesungguhnya kamu
mesti mencuci pakaianmu
jika terkena berak, kencing, mani, darah dan muntah. Di
samping itu, mereka turut mengqiaskan air manis dengan dengan segala sesuatu
benda yang menjijikkan, kerana ia melalui proses penghadaman dan merupakan sari
makanan yang telah diproses di dalam perut. Mani dianggap najis menurut mereka
kerana setiap hadas yang mewajibkan seseorang bersuci diri daripadanya adalah
najis, sedangkan air mani merupakan salah satu daripadanya. Alasan lain air
mani itu najis kerana ia keluar melalui jalur yang sama dengan tempat keluar
air kencing.
Imam Malik mentakwilkan hadis yang mengatakan mengoreknya bahawa
itu dilakukan dengan menggunakan air. Manakala mengorek bekas air mani yang
dilakukan oleh Aisyah untuk menghilangkannya dari pakaian Nabi (s.a.w)
barangkali baginda sendiri
tidak mengetahui apa
yang dilakukan „Aisyah
atau kerana air mani Nabi (s.a.w) dianggap suci yang merupakan keistimewaan
bagi baginda.
Imam Abu Hanifah
mengatakan bahawa bekas air
mani hendaklah dicuci dengan air
apabila masih basah, tetapi apabila telah kering, maka sudah memadai dengan
cara mengoreknya sahaja. Ini bertujuan untuk mengamalkan kedua-dua hadis di atas.
Kes ini disamakan dengan selipar yang terkena najis.
Menurut mazhab Imam al-Syafi‟i, ulamak hadis dan Imam Ahmad dalam
salah satu yang paling sahih daripadanya pula bahawa air mani itu suci. Mereka
mengambil kesimpulan demikian
kerana berlandaskan kepada
hadis Ibn „Abbas (r.a) yang menceritakan bahawa:
“Rasulullah (s.a.w) pernah ditanya mengenai air mani yang terkena
pakaian lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya air mani itu sama kedudukannya
dengan hingus, kahak dan ludah.” Rasulullah (s.a.w) melanjutkan sabdanya:
“Sesungguhnya sudah memadai bagimu dengan mengusapnya dengan kain atau
idzkhir.” (Disebut oleh al-Daruquthni dan al-Baihaqi)
Menyerupakan air mani dengan hingus dan ludah menunjukkan bahawa
air mani itu suci.
Adapun perintah untuk
mengelapnya dengan kain
atau sabut idzkhir, maka itu bertujuan
untuk menghilangkan kotoran yang tidak patut dikekalkan pada pakaian yang
hendak dipakai untuk mengerjakan solat.
Daripada Abu al-Samh (r.a) bahawa
Rasulullah (s.a.w) pernah
bersabda: “Air kencing bayi perempuan hendaklah dibasuh sedangkan air
kencing bayi lelaki memadai dengan dipercikkan air sahaja.” (Disebut oleh Abu
Dawud, al-Nasa‟i dan dinilai sahih oleh Hakim)
Makna Hadis
Syariat sungguh bijaksana dalam setiap keputusan yang dibuat. Kita
sering kali menggendong bayi lelaki dan memeluk mereka. Di sini syariat
meringankan najis air kencing mereka dengan syarat bayi lelaki itu masih belum
berusia dua tahun dan hanya meminum susu. Cara menyucikan air kencingnya ialah
dengan memercikkan air ke atasnya. Ini berbeza dengan air kencing bayi
perempuan di mana cara menyucikannya
ialah dengan membasuhnya,
kerana najisnya lebih berat daripada najis air kencing bayi
lelaki. Selain najis air kencing, tidak ada perbezaan di antara keduanya, yakni
sama-sama najis.
Fiqh Hadis
Perbezaan yang ada
antara air kencing
bayi lelaki dengan
bayi perempuan menurut hukum
ialah sebelum mereka memakan makanan lain selain air susu. Air kencing keduanya
sama-sama najis, tetapi untuk membersihkan air kencing le1aki memadai dengan
memercikkannya dengan air, yakni menyiramnya tanpa mengalirkan air. Ini
merupakan kemudahan syariat. Cara membersihkan air kencing bayi perempuan pula
tidak cukup hanya dengan memercikkan air ke atasnya, melainkan wajib dibasuh.
Hikmah yang terdapat
dalam masalah ini
menurut satu pendapat
adalah bersifat ta‟abbudiyyah (semata-mata mematuhi perintah syariat),
sedangkan menurut pendapat yang lain mengatakan itu kerana orang kebanyakan
lebih menyukai bayi lelaki dan sering kali menggendongnya. Oleh itu, syariat
membe- rikan keringanan dalam masalah ini. Menurut pendapat yang lain pula, air
kencing bayi perempuan lebih pekat, manakala air kencing bayi lelaki tidak
demikian.
Dalam kaitan ini para ulamak berbeza pendapat. Imam Ahmad dan Imam
al- Syafi‟i mengatakan adanya rukhsah
terhadap air kencing bayi lelaki sebelum usia dua tahun dan belum memakan
makanan lain selain air susu. Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah dan pendapat
masyhur di kalangan mazhab Maliki, air kencing bayi lelaki dan bayi perempuan
sama-sama najis, dan mesti tetap dibasuh.
Daripada Asma‟ binti Abu Bakar al-Siddiq (r.a) bahawa Nabi (s.a.w)
pernah bersabda berkaitan darah haid yang terkena pakaian: “Hendaklah kamu
mengoreknya terlebih dahulu lalu kamu kucak dengan air. Setelah itu kamu siram
dengan air dan barulah kamu boleh solat dengan memakainya.” (Muttafaq „alaih)
Makna Hadis
Mematuhi undang-undang samawi dan ajaran Islam merupakan satu
kemestian bagi umat manusia. Syariat Islam memerintahkan kita supaya sentiasa
menjaga kebersihan dan membasuh
najis yang terkena pakaian kita.
Siti Hawa diseksa lantaran membangkang perintah Allah.
Dia terpaksa menjalani masa mengandung dan melahirkan anak dengan susah payah,
di samping menjadikannya mengeluarkan darah sebulan sekali. Sejak itu Siti Hawa
haid, lalu dikatakan kepadanya: “Telah ditetapkan ke
atas dirimu dan
anak-anak perempuan kamu
berhaid.” Ia menjadi sebahagian hidup kaum perempuan.
Kadang kala pakaian wanita yang haid terpalit darah haid dan oleh
kerananya, syariat Islam memerintahkan supaya bekas darah itu dikorek, lalu
dikucak dan dicuci dengan air hingga ketiga-tiga sifatnya hilang.
Fiqh Hadis
1. Hukum darah itu najis.
2. Wajib membasuh tempat yang terkena darah dengan air dan
bersungguh- sungguh dalam menghilangkan kesannya
dengan cara mengorek
dan mengucak serta membasuhnya agar kesannya hilang. Cara menghilangkan
semua najis dalam bentuk cecair adalah menggunakan air.
3. Amaran keras daripada
melakukan pembaziran ketika membasuh najis. Inilah maknas yang terkandung dalam
ungkapan al-nadh yang maknanya menggunakan air secara tidak berlebihan dan
tidak boleh membazir.
4. Kesan warna darah jika
sukar dihilangkan adalah dimaafkan dengan syarat telah bersungguh-sungguh
membasuhnya untuk menghilangkan warnanya. Ini berlandaskan kepada dalil yang akan disebut pada hadis
berikut ini: “Dan tidak membahayakanmu kesan yang masih ada itu.”
Tidak ada komentar:
Posting Komentar